Dari Abu Hurairah - radhiyallahu `anhu - dari Nabi Shallallahu Alaihi
Wasallam beliau bersabda "Penduduk Yaman telah datang kepada kalian,
mereka adalah orang-orang yang paling luluh hati, keimanan ada di Yaman
dan hikmah ada di Yaman." (HR: Bukhari - Muslim)
.
.
Dari sahabat Tsauban berkata, Rasulullah shallallahu alaihi wassalam
telah bersabda "Sesungguhnya kelak aku akan berada disamping telagaku.
Kemudian aku akan menghalangi orang-orang yang akan meminum dari
telagaku, agar penduduk Yaman dapat meminumnya terlebih dahulu. Aku
memukul dengan tongkatku, sehingga air telaga tersebut mengalir untuk
mereka." (HR. Muslim)
.
.
Dari Ibnu Umar beliau menyabutkan Nabi Shallallahu Alaihi Wassalam
pernah berdoa "Ya Allah berkatilah kami pada Syam dan
Yaman."(HR.Bukhari)
.
.
Lantas apakah doa yang lebih mustajab dibanding doa Nabi? Nabi Muhammad
SAW bahkan pernah memuji kota ini dalam sabdanya "Sesungguhnya aku
benar-benar mencium harumnya kerunia Tuhan Yang Maha Pemurah dari Yaman.
Berapa banyak mata air kemurahan dan hikmah yang terpancar dari sana."
.
.
Allah juga melebihkan negeri Yaman dibanding negeri-negeri yang lainnya
setelah Mekkah dan Madinah. Negeri Yaman ini mendapat julukan dari Allah
SWT dengan sebutan baldatun thayyibatun wa rabbun ghafur (Negeri yang
aman dan senantiasa mendapat ampunan Rabb-nya). Selain itu, Nabi
Muhammad juga merekomendasikan negeri ini dihuni di akhir zaman.
.
.
Pada akhir zaman nanti, umat islam pada akhirnya akan menjadi pasukan
perang. Hal ini sudah disabdakan Nabi Muhammad SAW. Dari Abdullah bin
Hawalah mengatakan, Nabi Shallallahu Alaihi Wassalam bersabda "Pada
akhirnya umat islam akan menjadi pasukan perang, satu pasukan di Syam,
satu pasukan di Yaman, dan satu pasukan lagi di Iraq. Hendaklah kalian
memilih Syam. Karena ia adalah negeri pilihan Allah. Allah kumpulkan
disana hamba-hamba pilihan-Nya. Jika tak bisa, hendaklah kalian memilih
Yaman dan berilah minum (hewan kalian) dari kolam-kolam(dilembahnya).
Karena Allah menjamin untukku negeri Syam serta penduduknya."(HR.Abu
Dawud, Imam Ahmad, Al-Hakim dan Ibnu Hibban).
Contoh Akhlak Terpuji
Nabi Muhammad Saw
Banyak contoh akhlak terpuji Rasulullah S.A.W. yang mulia yang
ditunjukkan kepada umat Islam. Jika bercakap baginda akan bercakap
benar. Hal ini diakui oleh Abu Jahal.
Pada suatu waktu Abu Jahal dikunjungi oleh seorang Quraisy yang
bertanya,"Ya Abal Hakam! Di sini tidak ada sesiapa selain engkau dan aku
dan tidak ada juga sesiapa yang dapat mendengar dialog kita selain
engkau dan aku. Mengapa kulihat banyak orang mempercayai Muhammad?
Katakanlah dengan benar pendapatmu tentang Muhammad itu, apakah dia
benar atau dusta?" Jawab Abu Jahal:"Demi Tuhan,sesungguhnya Muhammad itu
orang yang benar dan tidak pernah berdusta sama sekali!"
Contoh Akhlak Terpuji Nabi Muhammad Saw
Walaupun sedang bergurau dan berjenaka, baginda tetap bercakap benar,
tidak berdusta. Sebelum menjadi Rasul, baginda telah digelar AL-AMIN
yang artinya orang yang dipercayai.
Rasulullah S.A.W. adalah seorang yang penyayang terhadap keluarga. Abu
Hurairah R.A.ada meriwayatkan : "Aqra' Bin Khabis pernah melihat
Rasulullah S.A.W. mencium cucunya, Hassan."
Sejalan dengan itu, Prof.Dr.Hamka menyebutkan, sifat penyayang
Rasulullah S.A.W. adalah "Dia(Rasulullah S.A.W.) sayang kepada segenap
kerabatnya serta lemah-lembut sikapnya kepada anak-cucunya."
Anas Bin Malik R.A.seorang sahabat yang lama berkhidmat kepada
Rasulullah S.A.W. pernah berkata: "Tidak ada kulihat orang yang lebih
penyayang terhadap keluarganya melebihi Rasulullah S.A.W."
Aisyah R.A.pula ada meriwayatkan, "Jika Rasulullah tinggal di rumahnya,
baginda sangat lemah-lembut, suka tersenyum dan tertawa."
Contoh baik sikap dan pendirian baginda dalam usaha baginda berdakwah
ialah kesabaran dan ketabahan baginda menghadapi segala rintangan dan
penentangan.
Baginda menyeru kepada orang-orang terkemuka Kota Taif agar mentauhidkan
Allah. Mereka bukan saja tidak menerima seruan itu tetapi juga
mengarahkan pemuda-pemuda dan orang-orang jahat untuk mencaci-maki,
menyoraki dan melempari baginda dengan batu sehingga berdarah.
Pada peristiwa lain pula Rasulullah S.A.W. telah mendakwahkan Islam
kepada orang ramai yang mengerjakan haji di Mekah tetapi seruannya tidak
diterima malah beliau disakiti.
Begitu pula saat baginda mendakwahkan Islam kepada masyarakat di Mekah,
Abu Lahab berteriak mengatakan Muhammad murtad dari agamanya dan seorang
pendusta. Baginda menghadapi semuanya dengan sabar dan tabah.
Rasulullah S.A.W. tidak pernah memukul seseorang dengan tangannya
kecuali kerana fi sabilillah. Baginda juga tidak pernah berdendam kepada
seseorang kerana sesuatu yang dilakukan ke atas dirinya.
Tidak pernah seseorang yang datang kepada baginda, tak perduli ia orang
merdeka atau hamba sahaya yang mengadukan keperluannya melainkan
dipenuhi hajat mereka.
Apabila baginda bertemu dengan salah seorang sahabatnya, baginda akan
menghulurkan tangan untuk berjabat tangan. Begitu juga terhadap tamu
yang datang, baginda hormati sehingga kadang-kadang dihamparkan baju
untuk tamu itu duduk di atasnya seperti kepada kaum Nasrani dari Najran.
Baginda sering memberikan bantal kepada orang yang datang supaya dia
dapat bersandar. Apabila dalam majelis yang ramai, baginda akan
menumpukan perhatian kepada semua orang hingga seolah-olah kesemua
majlisnya, pendengaran, percakapan, kehalusan budi pekerti dan
perhatiannya ditumpukan kepada setiap orang yang duduk bersamanya di
majelis itu.
Baginda lebih suka memanggil sahabat-sahabatnya dengan nama gelaran
masing-masing untuk menghormati dan memikat hati mereka. Yang tidak
memiliki gelar panggilan, baginda akan memberinya nama gelaran bukan
saja kepada sahabat lelaki tetapi juga kepada wanita dan kanak-kanak.
Baginda tidak berbicara jika tidak perlu. Baginda juga tidak pernah
mengatakan sesuatu atau marah kecuali yang benar. Rasulullah amat jarang
marah dan apabila marah segera reda.
Apabila mendengar orang berbicara yang kurang baik, baginda akan
memalingkan mukanya dari orang itu. Jika ada sesuatu yang harus
disampaikan tetapi baginda tidak menyukainya, maka baginda rasul
menggunakan kata-kata kiasan atau sindiran. Dalam semua perbicaraan
baginda akan menggunakan kata-kata yang baik dan nasihat-nasihat yang
berguna.
Baginda tidak membalas kejahatan dengan kejahatan malah memaafkannya.
Hal ini dapat dilihat dalam peristiwa tentara musyrikin yang berdiri di
kepala baginda dengan sebilah pedang seraya berkata kepada
baginda,"Siapakah yang dapat mempertahankan engkau daripada pedangku
ini?" Rasulullah S.A.W.menjawab dengan tegas :"Allah." Dengan jawaban
itu gementarlah tangan orang musyrikin itu dan pedang yang dipegangnya
itu jatuh dari tangannya. Pedang itu diambil oleh Rasulullah
S,A.W.tetapi baginda tidak membunuhnya malahan membebaskannya walaupun
baginda boleh membunuhnya.
Dalam peristiwa lain, seorang Arab dusun kencing di dalam masjid. Para
sahabat bertindak akan memukul orang itu tetapi dihalangi oleh baginda.
Orang itu dinasihati oleh baginda dengan kata-kata yang baik. Begitu
juga saat baginda dan orang-orang Islam berjaya menguasai Kota Mekah
pada tahun 8 Hijrah, baginda tidak membalas dendam kepada orang-orang
yang dahulunya sering menganggu dan menyakiti orang-orang Islam. Hanya
beberapa orang saja dibunuh. Yang lain dimaafkan dan dibebaskan baginda.
Walaupun baginda seorang nabi dan rasul, akan tetapi baginda tetap
melakukan hal-hal yang dikerjakan oleh para sahabat.
Pada suatu ketika dalam perjalanan, beberapa orang sahabat berencana
untuk menyembelih seekor kambing dan membagikan dagingnya di antara
mereka. Seorang bertugas menyembelih dan seorang lagi bertugas memasak
daging. Rasulullah bersabda bahawa baginda bersedia mengumpulkan
kayu-kayu. Para sahabat berkata,"Ya Rasulullah,itu pun kami akan lakukan
di antara kami."
Rasulullah menjawab,"Daku tahu bahawa kamu semua akan melakukannya
dengan senang hati tetapi daku tidak mau menjadi orang yang paling
terkemuka di kalangan kumpulan ini dan Allah pun tidak menyukainya."
Di rumah, baginda juga membantu isteri-isterinya. Baginda membetulkan
sendiri kasutnya, menjahit pakaian dan memerah susu kambing.
Banyak lagi contoh akhlak terpuji nabi muhammad SAW yang patut dikaji,
diteladani dan disebarkan. Sesungguhnya Rasulullah S.A.W.adalah contoh
teladan yang paling baik. Barang siapa yang mengikutinya akan diridhai
Allah dan akan selamat di dunia dan akhirat.
Sumber: http://kisahimuslim.blogspot.co.id/2015/01/contoh-akhlak-terpuji-nabi-muhammad-saw.html
Sumber: http://kisahimuslim.blogspot.co.id/2015/01/contoh-akhlak-terpuji-nabi-muhammad-saw.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar